Harapan Serena beraksi di final lebur

Harapan Serena beraksi di final lebur

MIAMI, 29 Mac (AFP) – Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan tiga kali Serena Williams disingkirkan daripada kejohanan ATP dan Terbuka Miami WTA semalam.

Pemain pilihan ke-15 Rusia, Svetlana Kuznetsova mengejutkan juara Grand Slam 21 kali, Williams 6-7 (3/7), 6-1, 6-2 sementara pemain nombor dua Britain Murray menggugurkan perlawanan pusingan ketiga kepada pemain pilihan ke-26 Bulgaria Grigor Dimitrov 6-7 (1/7), 6-4, 6-3

Williams membuat 55 kesilapan, menghampiri kepada kekalahan dalam set ketiga apabila perlawanan tersebut adalah perlawanan terpenting.

Pergelutan Williams menimbulkan soalan mengenai tahap prestasi dan pergerakannya, yang mengecewakan juara Grand Slam 21 kali itu.

Serena ketika beraksi menentang Svetlana Kuznetsova dari Russia dalam perlawanan pusingan keempat mereka semasa Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center kelmarin. Serena tersingkir daripada kejohanan tersebut setelah ditewaskan Svetlana dengan kiraan 6-7 (3/7), 6-1, 6-2. – AFP
Serena ketika beraksi menentang Svetlana Kuznetsova dari Russia dalam perlawanan pusingan keempat mereka semasa Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center kelmarin. Serena tersingkir daripada kejohanan tersebut setelah ditewaskan Svetlana dengan kiraan 6-7 (3/7), 6-1, 6-2. – AFP

“Saya tidak fikir adalah wajar untuk mengkritik pergerakan saya buat masa sekarang,”kata Williams. “Saya berusaha sedaya upaya. Saya tidak dapat memenangi setiap perlawanan. Pemain keluar dan bermain sebaik mungkin. Saya telah memberikan 300 peratus dalam setiap perlawanan.”

Pemain Amerika berusia 34 tahun itu berusaha memenangi kejuaraan kesembilannya tetapi sebaliknya menandingi penyingkiran paling awalnya dari 2000 dengan penyingkiran pusingan keempat.

“Ia jelasnya mengecewakan, tetapi saya telah menang dengan banyak di sini, maka ia tidak menjadi masalah,” kata Williams.

Juga disingkirkan adalah pemain nombor dua dunia Agnieszka Radwanska dari Poland, ditewaskan oleh pemain Swiss ke-20 Timea bacsinszky 2-6, 6-4, 6-2 dan pemain pilihan keempat Sepanyol Garbine Muguruza, yang kecundang 7-6 (8/6), 7-6 (7/4) kepada pemain pilihan ke-13 Victoria Azarenka dari Belarus.

ARTIKEL YANG SAMA