Harapan tinggi bagi menentang IS

Harapan tinggi bagi menentang IS

RIYADH, 21 April – Setahun selepas menerima kehadiran mereka di Camp David, Presiden AS Barack Obama mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Teluk lagi hari ini, dengan harapan mereka boleh dengan lebih mantap komited kepada usaha menentang para pejuang berani mati.

Pada waktu yang sama, dengan tinggal sembilan bulan lagi penggal beliau sebagai presiden, Obama mesti sekali lagi berusaha meyakinkan sekutu-sekutu Sunni beliau yang kecewa dengan percubaan Amerika untuk berdamai dengan saingan serantau mereka , iaitu Iran Syiah.

Obama menghadiri sidang mesyuarat Majlis Kerjasama Teluk di bandar Saudi selepas melaporkan perkembangan dalam beberapa bulan kebelakangan dalam usaha memerangi kumpulan pelampau Sunni Kumpulan Islam IS yang menawan beberapa bahagian besar di Iraq dan Syria.

Arab Saudi dan negara-negara Teluk lain terlibat dalam kumpulan bersekutu yang diketuai AS yang melancarkan serangan udara ke atas IS. Kira-kira 4,000 tentera Amerika berada di Iraq sebagai sebahagian dari misi itu yang melatih dan membantu pasukan tempatan memerangi para militan.

Kumpulan penyelidik IHS berkata Isnin lalu bahawa Kumpulan IS telah kehilangan 22 peratus wilayahnya dalam tempoh 15 bulan lalu. Dalam usaha untuk menambah perolehan dalam memerangi kumpulan pejuang berani mati, Setiausaha Pertahanan Ashton Carter, yang berada di Riyadh bersama Obama pada Isnin lalu mengumumkan bahawa AS akan menghantar lebih ramai anggota tentera dan helikopter gempur Apache ke Iraq. – AFP

Barack Obama dan Raja Salman selepas mengadakan mesyuarat di Istana Erga di Riyadh, Arab Saudi, pada Rabu lalu. – AP
Barack Obama dan Raja Salman selepas mengadakan mesyuarat di Istana Erga di Riyadh, Arab Saudi, pada Rabu lalu. – AP