Harapan United musnah

Harapan United musnah

MANCHESTER, 18 Mei – Jaringan sendiri Tyler Blackett memusnahkan harapan kelayakan automatik Liga Juara-Juara Manchester United selepas mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Arsenal di Old Trafford, semalam.

Tuan rumah mendahului apabila Ashley Young membuat hantaran lintang kepada Ander Herrera untuk meledakkan voli, tetapi pasukan Arsene Wenger mendapatkan satu mata pada minit ke-82 apabila rembatan Theo Walcott mengenai Blackett dan melepasi penjaga gol gantian United, Victor Valdes.

Keputusan itu mengekalkan Arsenal dua mata di atas United di tangga ketiga dalam kedudukan itu dan finalis Piala FA boleh menyelamatkan kemunculan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan kemenangan di tempat sendiri menentang Sunderland dalam satu baki perlawanan lagi Rabu ini.

Kekalahan 3-1 Liverpool kepada Crystal Palace bermakna United sudah menyelamatkan tempat sekurang–kurangnya pusingan playoff Liga Juara-Juara selepas Louis van Gaal mengambil jawatannya sebagai pengurus tahun lepas.

Tetapi kebimbangan adalah mengenai masa depan penjaga gol David de Gea, yang dikaitkan dengan Real Madrid dan yang sudah membuat kemunculan terakhir bersama United selepas dipaksa keluar kerana kecederaan pada separuh masa kedua. Arsenal tidak berubah untuk enam perlawanan berturut turut – kali pertama ia berlaku sejak Januari 1994 – dan sebagai pendekatan mereka dalam persaingan utama baru–baru ini, Gunners kekal untuk membenarkan pesaing mereka melakukan serangan. Ia membawa kepada beberapa peluang bagi United dengan Young, Radamel Falcao, Chris Smalling – kapten yang mengganti Wayne Rooney yang cedera – dan Juan Mata semuanya memberikan ancaman.

Kesilapan Phil Jones pada akhir perlawanan membolehkan Arsenal menjaringkan gol, tetapi biarpun berada di depan, pertahanan United dengan bijak mengeluarkan bola dari Olivier Giroud dengan tandukannya. – AFP