Harden pacu k...

Harden pacu kemenangan Rockets

LOS ANGELES, 9 Jan – James Harden dari Houston menghasilkan 40 mata dalam ‘triple-double’ ke-10 musim ini semalam ketika pasukan Rockets bergelut untuk menewaskan Raptors 129-122 di Toronto dan melakarkan kemenangan kelapan berturut-turut dalam NBA.

Harden menambah 11 asis dan 10 ‘rebound’ dalam kemenangan itu, dan sekurang-kurangnya mencatatkan ‘double-double’ dalam 17 perlawanan ketika dia terus untuk bersaing dalam merebut anugerah ‘Most Valuable Player’ di samping bintang Oklahoma City Thunder, Russell Westbrook.

Harden berkata kunci kepada kejayaan pasukan Rockets adalah tidak mementingkan diri sendiri.

“Membantu dan memberikan sokongan sesama sendiri,” katanya. ” Dari segi serangan, kami menghasilkan jaringan, mengejar mata, melakukan perkara kecil untuk membantu sesama sendiri.”

Pasukan Raptors, cuba untuk bangkit setelah kekalahan kepada Chicago Bulls pada Sabtu lalu, mendahului 13 mata dan mendahului empat mata pada suku keempat.

Kyle Lowry dari Raptors (7) cuba memintas pemain Houston Rockets, Eric Gordon (10) dalam separuh masa pertama dalam aksi NBA di Toronto. – AP
Kyle Lowry dari Raptors (7) cuba memintas pemain Houston Rockets, Eric Gordon (10) dalam separuh masa pertama dalam aksi NBA di Toronto. – AP

Tetapi pasukan Rockets melancarkan suku keempat dengan mencatatkan 15 mata berturut-turut untuk merampas pendahuluan yang tidak mereka lepaskan.

Montrezl Harrell menjaringkan 28 mata dan Eric Gordon menambah 19 mata dan Trevor Ariza menyumbang 17 mata bagi pasukan Houston, yang menjadi pasukan ketiga dalam Western Conference, selepas pasukan Golden State dan San Antonio, untuk melakarkan kejayaan ke-30 musim ini.

DeMar DeRozan meletakkan pendahuluan pasukan Toronto dengan 36 mata dan DeMarre Carroll menambah 26 bagi pasukan Raptors, yang masih berada di tangga kedua dalam Eastern Conference di belakang Cleveland Cavaliers tetapi ketinggalan 24-13. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA