Harden pastikan kemenangan Houston

Harden pastikan kemenangan Houston

LOS ANGELES, 11 Jan – Bintang pasukan Houston, James Harden merendah diri mengenai pencalonan MVP NBA musim ini selepas jaringan tertingginya bagi ‘triple-double’ semalam.

Harden, salah seorang dari beberapa pemain yang cemerlang dalam jaringan tertinggi musim ini dalam liga, menamatkan dengan 40 mata, 15 ‘rebound’ dan 10 asis ketika Houston memperbaiki kedudukan kepada 31-9 dengan kemenangan 121-114 ke atas Charlotte Hornets.

Pemain utama Houston itu menyelamatkan pasukannya selepas Charlotte melakukan kebangkitan dramatik untuk mendahului.

Houston dilihat mara dengan kemenangan selepas ‘three-pointer’ Corey Brewer membolehkan mereka mendahului 108-90 dengan perlawanan berbaki lapan minit.

Tetapi pasukan Charlotte memberikan respons dengan kebangkitan 21-2 yang menghasilkan empat ‘three-pointer’ berturut-turut ketika pasukan Hornets mencatatkan kelebihan 111-110 dengan perlawanan berbaki dua minit.

James Harden (13) cuba melepasi pemain Charlotte Hornets dalam separuh masa kedua aksi NBA antara Houston Rockets dan Charlotte Hornets semalam. – AP
James Harden (13) cuba melepasi pemain Charlotte Hornets dalam separuh masa kedua aksi NBA antara Houston Rockets dan Charlotte Hornets semalam. – AP

Harden menerajui dengan asis bagi ‘three-pointer’ dari Ryan Anderson sebelum menambah dua untuk menamatkan kegentaran Houston.

Aksi lewat Harden bagi menyelamatkan perlawanan menghasilkan satu lagi permainan yang memastikan dia terus kekal dalam perbincangan bagi MVP NBA.

Pemain itu, 27, bagaimana pun berkata dia tidak memikirkan mengenai kejayaan peribadi. “Selama mana saya beraksi dengan cara yang tepat dan tidak pentingkan diri dan kami memenangi perlawanan, kesemua itu akan hadir,” kata Harden mengenai spekulasi MVP.

“Saya tidak meletakkan terlalu banyak harapan mengenainya atau memikirkan mengenainya. Jika ia berlaku ia pasti berlaku. Perkara penting adalah menang.” – AFP