Hardy juarai Lumut Kriterium

Hardy juarai Lumut Kriterium

Oleh Dr. Fahmi Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Pelumba Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Awang Hardy Morsidi membuka tirai kempen perlumbaan 2016 dengan mencatat sejarah tersendiri apabila memenangi perlumbaan berbasikal sejauh 60km Lumut Kriterium yang diadakan baru-baru ini.

Perlumbaan yang dianjurkan oleh Belait Cycling Club (BCC) itu telah berjaya menarik kira-kira 50 pelumba dari dalam dan luar negara untuk bersaing bagi Kategori Terbuka iaitu 16 hingga 40 tahun dan Kategori Veteran (40 tahun ke atas).

Hanya satu pusingan dikehendaki bagi perlumbaan sejauh 3km,manakala bagi acara Lebuhraya pula ialah 20 pusingan sejauh 60km dan acara MTB ialah 15 pusingan sejauh 45 km.

Perlumbaan yang bermula pada pukul 8:15 pagi di kawasan Perumahan Lumut itu menyaksikan Awang Hardy berjaya menjuarai perlumbaan dengan pecutan ke garisan penamat yang hanya dicabar oleh Awang Reduan.

Menurut Awang Hardy, perlumbaan ini merupakan perlumbaan yang pertama dalam kalender perlumbaan Lebuhraya Brunei, tetapi kebanyakan pelumba sangat mengambil serius dan tidak menganggap ia sebagai medan pemanas badan sahaja.

Antara yang menyertai perlumbaan basikal tersebut.
Antara yang menyertai perlumbaan basikal tersebut.

pg22_160208_b

“Perlumbaan tempatan sebegini walaupun kecil, tetapi amat penting untuk menguji tahap kecergasan kami,” ujar Awang Hardy yang sudah berlatih secara berperingkat bersama para pelumba kebangsaan lain dengan dipantau oleh jurulatih kebangsaan, Awang Yafiz bin Jamalludin.

Sementara itu, bagi Kategori Veteran pula dimenangi oleh Awang Shahnon dan Haji Hamdani pula memenangi bagi Kategori MTB.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh pihak penganjur, Belait Cycling Club (BCC), Awang Redziman Kusek Ahmad.

Rata-rata pelumba berpuas hati dengan penganjuran dari segi keselamatan dan kualiti ‘Timing Finish’ yang disediakan oleh iMAP.

Walaupun perlumbaan berskala kecil dan bukan nilai hadiah menjadi ukuran, perlumbaan anjuran BCC ini semakin popular sebagai medan menguji tahap kecergasan dan kemahiran berlumba untuk perlumbaan yang lebih kompetitif dan mencabar pada tahun ini.