Harga ayam tidak naik dalam pasaran runcit

Harga ayam tidak naik dalam pasaran runcit

KOTA KINABALU, 15 Julai – Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata tiada kenaikan harga ayam pedaging dikesan berlaku di peringkat peruncitan di Sabah berdasarkan pemantauan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).

Bagaimanapun katanya, PPDNKK mendapati dua syarikat pemborong ayam pedaging di negeri itu menaik-kan harga borong ayam pedaging sebanyak 30 sen dan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 sudah dikeluarkan kepada mereka.

“Saya mintalah (anggota) PPDNKK turun padang dan pegawai-pegawai berkenaan ambil tindakan (terus), jangan beri amaran lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama