Harga indeks pengguna Jepun merosot

Harga indeks pengguna Jepun merosot

TOKYO, 25 Sept (AFP) – Usaha Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe untuk menguasai deflasi bertahun-tahun lamanya menerima tamparan hebat hari ini apabila data rasmi menunjukkan harga indeks pengguna merosot untuk kali pertama dalam lebih dua tahun.

Kemerosotan berlaku sehari selepas Abe berjanji akan menumpukan semula pada projek pertumbuhan “Abenomics”, ekoran perdebatan berbulan-bulan mengenai peraturan baru tentera Jepun.

Kemerosotan 0.1 peratus dalam inflasi utama – tidak termasuk makanan segar – yang pertama sejak April 2013, dan menekankan pergelutan Tokyo untuk memulihkan harga merosot atau lembap yang membebani ekonomi nombor tiga dunia.

Sementara harga yang lebih rendah adalah baik untuk pembeli individu, ia adalah teruk untuk ekonomi yang lebih luas disebabkan ia memikat pengguna untuk menangguhkan pembelian kerana pembeli tahu produk akan menjadi lebih murah pada masa depan.

Ia tidak menggalak firma daripada melabur dan mengurangkan gaji. Jepun mengalami kemelesetan atau kemerosotan harga selama dua dekad.

Kemerosotan harga indeks pengguna pada Ogos berlaku selepas inflasi merosot kepada sifar pada Julai, tatkala permintaan domestik lemah dan harga minyak merosot menjejaskan harga berkenaan.

Kerajaan Abe pada hari ini berusaha tidak menghebohkan bacaan inflasi yang lemah.” Adalah jelas apa yang membebani data, harga minyak yang lebih rendah,” kata Akira Amari, menteri yang bertanggungjawab ke atas pemulihan ekonomi.

“Apabila anda mengecualikan minyak, harga indeks pengguna naik. Anda boleh membaca data tatkala indeks meningkat.” Kempen Abe nampaknya menawarkan harapan pemulihan, namun beberapa data terbaru mencadangkan ia sedang merosot.

ARTIKEL YANG SAMA