Harga maksimum barangan terpilih ditetapkan

Harga maksimum barangan terpilih ditetapkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Khusus bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1437H, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah menetapkan harga maksimum ke atas beberapa barang makanan terpilih bermula1 Ramadan 1437H hingga 7 Syawal 1437H.

Penetapan harga maksimum ini bertujuan untuk mengawal harga barang-barang makanan terpilih yang merupakan bahan-bahan asas bagi penyediaan makanan semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, ia juga diharapkan dapat membantu rakyat di negara ini terutama yang berpendapatan rendah dalam menampung perbelanjaan harian mereka sempena musim perayaan ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan JPKE, hari ini.

Barang-barang makanan yang ditetapkan harga maksimum adalah daging ayam bulat, telur ayam, mente-ga, marjerin, susu pekat cair dan krim, tepung, sapuan coklat kacang hazel, santan pekat, krim dan serbuk, serbuk cili, udang kering dan kulit popia.

Dalam pada itu, JPKE dalam kenyataannya turut menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan sikap bijak dalam berbelanja dan membuat perbandingan harga-harga sebelum berbelanja.

Sebarang aduan berhubung dengan harga-harga yang melebihi harga maksimum yang ditetapkan boleh dibuat dengan menghubungi JPKE di talian hotline 223223 semasa waktu pejabat atau menghantar e-mel ke aduanpengguna@jpke.gov.bn dan consumercomplaint@jpke.gov.bn.