Harga minyak Asia menurun

Harga minyak Asia menurun

SINGAPURA, 31 Ogos (AFP) – Harga minyak jatuh di Asia hari ini, yang tertekan ketika para peniaga meraih keuntungan dari perolehan besar dalam sesi sebelumnya dan cuba nilai gambaran ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan keinginannya bagi minyak mentah.

Tanda aras AS West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Oktober berkurang 79 sen kepada $44.43, manakala minyak mentah Brent bagi Oktober jatuh $100. kepada $49.05 pada dagangan lewat pagi.

WTI melonjak $2.66 pada Jumaat, memberikan pertambahan mingguan paling mantapnya dalam tempoh empat tahun setengah, manakala Brent naik $2.49 selepas harga menjunam kerana kebimbangan tentang ekonomi China yang goyah.

Para peniaga berkata lambungan semula sebahagian besarnya disebabkan berita tentang pertumbuhan ekonomi AS pada kadar tahunan 3.7 peratus dalam suku kedua, meningkat dari anggaran sebelumnya iaitu 2.3 peratus, yang menimbulkan harapan peningkatan dalam permintaan dari pengguna minyak utama dunia.

“Bilangan GDP AS yang lebih daik dari yang dijangkakan dan pemulihan mantap pasaran saham sejagat adalah sebilangan faktor yang menyumbang bagi pemulihan pada harga minyak mentah,” kata Sanjeev Gupta, ketua pelaksanaan minyak dan gas Asia-Pasifik di syarikat perunding, EY.

Harga minyak yang kini menurun di pasaran Asia. – Reuters
Harga minyak yang kini menurun di pasaran Asia. – Reuters

Minyak telah turun naik beberapa minggu kebelakangan ekoran kebimbangan kelembapan yang lebih teruk yang dijangkakan di China, pengeluar tertinggi tenaga di dunia, pada ketika apabila pasaran dunia dibanjiri bekalan.

Bagaimanapun tanda-tanda permintaan meningkat di AS telah mengakibatkan harga meningkat dari nilai paling rendah, enam tahun setengah, dan ‘pengilangan utama dan data pengangguran dari AS dan perkembangan yang sedang berlaku di Yaman akan menetapkan nada bagi harga dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” kata Gupta.

Para peniaga mengawasi dekat serangan udara yang diketuai Arab Saudi di Yaman menentang pemberontak Huthi semalam, di tengah kebimbangan bahawa krisis di negara itu mengancam pengeluar minyak mentah utama di Timur Tengah.

Yaman dicengkam kekacauan pemberontak Syiah yang melancarkan perampasan kuasa di Sanaa pada bulan Februari. Ia bersempadan pengeluar minyak utama, Arab Saudi.