Harga minyak Asia menurun

Harga minyak Asia menurun

SINGAPURA, 26 Ogos – Harga minyak Asia menurun hari ini selepas Menteri Minyak Arab Saudi menimbulkan keraguan mengenai keperluan untuk mengurangkan pengeluaran, meleburkan harapan terhadap perjanjian pada perbincangan bulan depan untuk menangani bekalan lebihan global.

Komoditi melonjak tujuh sesi secara konsisten ketika memasuki pasaran ‘bull’ – meningkat sebanyak 20 peratus dari paras terendah baru-baru ini – minggu lepas selepas OPEC dan Rusia mengumumkan rancangan untuk membincangkan mengenai krisis bekalan.

Harga menurun beberapa minggu ini berikutan kebimbangan mengenai peluang untuk mencapai persetujuan pada mesyuarat Algeria.

Bagaimanapun, menteri tenaga OPEC Arab Saudi Khalid Al-Falih membangkitkan semula kebimbangan tentang kejayaan perhimpunan itu.

Dalam satu temu bual, katanya kepada Bloomberg News: “Saya tidak percaya bahawa campur tangan penting diperlukan dan saya pasti tidak menyokong untuk mengurangkannya.”

Pada kira-kira 0630 GMT, petunjuk pasaran US West Texas Intermediate bagi penghantaran Oktober jatuh 11 sen pada AS$47.22, manakala Brent turun 20 sen pada AS$49.47.

Percubaan OPEC sebelumnya untuk membekukan pengeluaran pada April sebahagian besarnya terbatas kerana keengganan Iran untuk menyertai, yang baru sahaja muncul dari sekatan antarabangsa dan berminat untuk memaksimumkan hasil minyak.

“Kebanyakan negara-negara OPEC memberi isyarat bahawa mereka bersetuju untuk membekukan pengeluaran,” kata penganalisis minyak dan gas BMI Peter Lee kepada AFP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA