Harga minyak Asia menurun

Harga minyak Asia menurun

SINGAPURA, 29 Ogos – Harga minyak Asia jatuh hari ini tatkala dolar semakin kukuh selepas pengeluar utama OPEC memandang ringan mengenai pengehadan pengeluaran bekalan pada mesyuarat bulan depan.

Menteri Minyak Iran, Bijan Zanganeh pada Jumaat berkata negaranya mahu bahagiannya dalam pasaran mentah untuk kembali ke tahap yang dilihat sebelum sekatan nuklear Barat yang telah dikenakan ke atasnya 13 tahun yang lalu.

Komen-komen yang mencadangkan Tehran mungkin tidak menyertai usaha dengan OPEC dan Rusia untuk mengehadkan pengeluaran pada perhimpunan di Algeria. – AFP