Harga minyak Asia merosot

Harga minyak Asia merosot

SINGAPURA, 4 Sept (AFP) – Harga minyak merosot dalam perniagaan Asia hari ini tatkala pelabur menunggu pengeluaran laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Ogos yang boleh menentukan jadual masa Simpanan Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah.

Minyak West Texas Intermediate AS untuk hantaran pada bulan Oktober merosot 55 sen kepada $46.20 sementara minyak mentah Brent untuk Oktober merosot 62 sen kepada $50.06 dalam perniagaan tengah hari. “Dengan Simpanan Persekutuan mengawasi ketat angka pekerjaan demi mengukur kekuatan ekonomi, senarai gaji bukan perladangan AS adalah penting,” kata Daniel Ang, penganalisis pelaburan di Phillip Futures di Singapura.

“Jika bayaran gaji bukan perladangan adalah lebih rendah daripada dijangka, ia mungkin mencadangkan kenaikan kadar pada Disember 2015,” kata Ang.

Satu kenaikan kadar mungkin memperkukuh dolar, menjadikan harga yang dijual dalam dolar lebih mahal kepada pemegang mata wang lebih lemah, sekaligus menjejas permintaan dan harga.

Bagaimanapun, Ang berkata minyak mentah masih menerima sokongan selepas Bank Pusat Eropah (ECB) semalam memberi petunjuk lebih banyak perangsang mungkin dilancarkan untuk zon euro.

Presiden ECB Maro Draghi berkata bank bersedia untuk menambah skim pembelian bon – dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif (QE) – jika diperlukan untuk melancarkan ekonomi zon euro.

Bank juga mengurangkan ramalan pertumbuhan dan inflasinya untuk tahun 2015-2017, mendapati risiko yang dihadapi daripada harga minyak yang rendah dan kemelesetan ekonomi di China.

ARTIKEL YANG SAMA