Harga minyak Asia pulih

Harga minyak Asia pulih

SINGAPURA, 29 Jun (AFP) – Harga minyak melanjutkan pemerolehan di Asia hari ini, menyusuli satu pemulihan dalam pasaran ekuiti tatkala pemimpin dijangka mengurangkan kebimbangan mengenai kesan pengeluaran Britain daripada EU, sementara peniaga mempertaruhkan ke atas langkah-langkah untuk meredakan sebarang kekacauan.

Saham dan mata wang Asia telah berpulih pada minggu ini selepas penjualan di seluruh dunia pada Jumaat, tatkala spekulasi tersebar mengatakan pihak berkuasa akan menyuntik perangsang baru ke dalam pasaran kewangan.

Seoul semalam melancarkan pelan bernilai AS$17 bilion untuk menyokong ekonomi Korea Selatan yang telahpun menjadi lembap, sementara berita timbul hari ini mengatakan pemimpin Jepun sedang mengadakan rundingan mengenai cara-cara membendung sebarang kesan daripada krisis Brexit.

Juga semalam, bos Bank Pusat Eropah Mario Draghi berkata bank pusat harus bercita-cita untuk menyelaras dasar mata wang untuk mengurangkan “kesan sampingan berlarutan.”

Pemimpin Eropah yang berkumpul di Brussels untuk mesyuarat dua hari menggesa Britain supaya bertindak segera untuk menyelesai huru-hara politik dan ekonomi yang tercetus selepas pengundian.