Harga minyak Asia terus merosot

Harga minyak Asia terus merosot

HONG KONG, 15 Dis (AFP) – Harga minyak terus merosot di Asia hari ini selepas menikmati pemerolehan luar biasa semalaman, tatkala peniaga menumpu perhatian mereka pada mesyuarat dasar Simpanan Persekutuan AS yang dinanti-nantikan dalam beberapa tahun ini.

Setelah merosot kira-kira 12 peratus pada minggu lalu, minyak mentah naik sedikit semalam. Namun dengan permintaan global masih lemah dan kemelesetan bekalan berterusan, komoditi gagal memperolehi momentum harga di Asia.

Firma tenaga, yang telah terjejas beberapa bulan lamanya oleh kemerosotan harga minyak, merosot lebih daripada 60 peratus sejak Jun 2014, menikmati pemerolehan awal tetapi penjualan lewat melihat kebanyakannya berakhir dalam keadaan debit.

Keputusan oleh kumpulan pengeksport minyak OPEC pada awal bulan ini yang tidak mahu mengehadkan tahap pengeluaran terus meleset harga. Penyelidikan BMI berkata dalam satu laporan tekanan berkurangan dijangka pada bulan-bulan akan datang.

“Harga minyak tetap dipengaruhi oleh bekalan berlebihan,” katanya, meramalkan lebihan global “hanya akan berkurangan sedikit selepas 2018.”

Woodside Petroleum di Sydney merosot 0.8 peratus dan Santos merosot 1.8 peratus, sementara Inpex di Tokyo berkurangan satu peratus.

Bagaimanapun, pemerolehan di Hong Kong, selepas lapan kerugian berturut-turut, membantu CNOOC dan PetroChina meningkat lebih satu peratus pada petang.