Harga minyak catat tahap paling rendah

Harga minyak catat tahap paling rendah

SINGAPURA, 8 Dis – Harga minyak mencecah tahap paling rendah mereka dalam hampir tujuh tahun di Asia hari ini sebelum pengeluaran inventori minyak mentah AS dan jangkaan satu pertambahan dalam kadar faedah Amerika.

Keputusan oleh kumpulan pengeluar minyak OPEC pada minggu lalu untuk mengekal tahap pengeluarannya yang tinggi terus membebani pasaran yang telahpun dipenuhi dengan bekalan tatkala peniaga memberi tumpuan mereka pada perkembangan lain yang mungkin mempengaruhi harga.

Minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada Januari naik dua sen pada AS$37.67 dan minyak mentah Brent bagi Januari diniagakan 18 sen lebih tinggi pada AS$40.91 pada kira-kira 0550 GMT.

WTI merosot 5.8 peratus kepada AS$37.65 di New York dan Brent merosot 5.3 peratus kepada AS$40.73 di London semalam, jumlah paling rendah mereka sejak Februari 2009.

Penganalisis berkata pemulihan sedikit pada hari ini mencerminkan pemburuan tawar-menawar sebelum pengeluaran simpanan stok minyak mentah komersial AS esok, yang akan membantu mengukur permintaan di negara pengguna minyak utama di dunia itu.

Satu tinjauan oleh Bloomberg News menganggarkan inventori mungkin meningkat untuk minggu ke-11, menandakan permintaan yang lebih lembap.

Peniaga juga mengawasi satu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bank pusat AS pada minggu depan di tengah jangkaan anggota akan mengumumkan kenaikan kadar faedah pertama dalam sembilan tahun.

Satu pertambahan kadar faedah pada lazimnya merangsang dolar, yang akan menjadikan minyak lebih mahal kepada pemegang mata wang yang lebih lemah.

Ia biasanya membawa kepada permintaan yang lebih rendah dan harga yang lebih lemah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA