Harga minyak cecah AS$45 setong

Harga minyak cecah AS$45 setong

SINGAPURA, 16 Ogos – Harga minyak merosot dalam perniagaan Asia hari ini tetapi mencecah melebihi AS$45 satu tong tatkala pasaran menimbang kemungkinan pencapaian satu perjanjian oleh pengeluar utama untuk membeku pengeluaran ketika satu mesyuarat pada bulan depan.

Anggota Persatuan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) serta bukan anggota dijadual bertemu secara tidak formal di Algeria pada September, dan menteri minyak Arab Saudi Khalid al-Falih telah memberi petunjuk perbincangan mungkin termasuk tindakan untuk menstabilkan harga.

Kata-kata beliau pada minggu lalu mencetuskan pemulihan harga kerana mereka dilihat sebagai satu cadangan di mana OPEC mungkin memulihkan rundingan mengenai pengurangan pengeluaran yang tinggi.

Harga terus naik semalaman selepas Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak berkata negaranya sedang bekerjasama dengan Arab Saudi untuk mencapai kestabilan pasaran – memberi petunjuk pada kemungkinan pembekuan pengeluaran dalam kerjasama dengan OPEC.

Di New York, minyak mentah AS meningkat AS$1.25 kepada AS$45.74, namun menghentikan kemerosotannya dalam perniagaan Asia.

Penganalisis berkata timbulnya keraguan satu perjanjian akan dicapai.

“Sesetengah orang meragui perjanjian untuk membeku pengeluaran mungkin dicapai,” beritahu penganalisis IG Markets Singapura Bernard Aw kepada AFP.

Aw berkata satu percubaan sebelumnya untuk membeku pengeluaran pada tahap Januari 2016 gagal pada April selepas Arab Saudi berkata ia mahu semua pengeluar, termasuk Iran, membentuk sebahagian daripada perjanjian.

Iran menolak, berkata ia perlu memperoleh semula bahagian pasaran yang hilang ketika sekatan ekonomi yang dikenakan bertahun-tahun lamanya oleh Barat disebabkan cita-cita nuklearnya. Sekatan dibatalkan pada Januari.

Pada kira-kira 0420 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada September merosot 26 sen, atau 0.57 peratus, kepada AS$45.48 dan minyak mentah Brent untuk Oktober merosot 30 sen, atau 62 peratus, kepada AS$48.05. – AFP