Harga minyak cecah paras tertinggi tahun ini

Harga minyak cecah paras tertinggi tahun ini

NEW YORK, 28 April – Harga minyak melonjak kepada paras tertinggi pada tahun ini bagi hari kedua berturut-turut selepas Rizab Persekutuan muncul lebih yakin dalam unjurannya bagi ekonomi global.

Harga jatuh pada awal dagangan selepas laporan mingguan Jabatan Tenaga AS menunjukkan stok simpanan minyak mentah melonjak sebanyak dua juta tong minggu lalu, lebih sedikit daripada yang dijangkakan oleh penganalisis.

Tetapi pasaran bangkit pada lewat sesi berikutan pengumuman dasar Rizab Persekutuan. Seperti yang dijangka, kadar faedah Fed tidak berubah, tetapi ia kelihatan kurang mengambil berat dalam sebulan yang lalu mengenai keadaan global, yang telah membuka pintu keretakan bagi kenaikan kadar pada bulan Jun.

Penanda aras West Texas Intermediate (WTI) AS bagi penghantaran bulan Jun meningkat AS$1.29 kepada AS$45.33 setong di New York Mercantile Exchange, menutup untuk hari kedua berturut-turut di peringkat tertinggi sejak November.

Di London, Brent North Sea bagi penghantaran Jun meningkat sebanyak AS$1.44 kepada AS$47.18 setong, juga puncak tertinggi yang dilihat terakhir pada bulan November.

Tinjauan trend terkini  terhadap pasaran minyak yang lebih tinggi telah didorong oleh faktor-faktor teknikal, kata Matt Smith dari ClipperData. – AFP