Harga minyak di Asia menurun

Harga minyak di Asia menurun

SINGAPURA, 2 Sept (Reuters) – Harga minyak jatuh dua peratus dalam awal dagangan di Asia hari ini berikutan peningkatan stok minyak mentah di AS dan data sektor perkilangan yang lebih rendah.

Harga minyak susut selepas stok minyak mentah AS naik sebanyak 7.6 juta tong kepada 456.9 juta tong pada minggu berakhir 28 Ogos berdasarkan data yang dikeluarkan Institut Petroleum AS.

Data inventori rasmi akan dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS lewat malam ini.

Kontrak minyak mentah Brent untuk penghantaran Oktober jatuh 64 sen kepada AS$48.90 setong atau 1.3 peratus pada pembukaan hari ini.

Harga minyak di Asia kini menurun disebabkan naiknya stok minyak mentah di AS.
Harga minyak di Asia kini menurun disebabkan naiknya stok minyak mentah di AS.

Minyak mentah AS, WTI untuk penghantaran Oktober susut 79 sen kepada AS$44.62 semalam dan pada pembukaan hari ini jatuh kepada AS$43.86 setong.

Harga minyak mentah sudah turun terlalu banyak dan terlalu pantas, justeru dijangka pulih secara beransur-ansur mulai 2016 dengan Brent dijangka diniagakan pada purata AS$62.30 setong dan WTI pada AS$57 setong, kata sekumpulan penganalisis pasaran dalam kaji selidik Reuters.

ARTIKEL YANG SAMA