Harga minyak dibuka rendah

Harga minyak dibuka rendah

SINGAPURA, 13 Julai (Reuters) – Harga minyak dibuka rendah hari ini kerana Iran dan enam kuasa besar dunia hampir untuk memeterai perjanjian nuklear, manakala Greece dan kreditor gagal merumus penyelesaian pakej menyelamat negara itu yang kini hampir bankrap.

Perjanjian nuklear bakal menyaksikan Iran menokok lebihan penawaran minyak global sekarang tetapi permintaan semakin menyederhana menyebabkan ramai penganalisis mengunjurkan harga minyak mentah akan terus jatuh lagi.

Di Eropah, krisis hutang Greece belum menunjukkan tanda pengakhiran kerana kreditor mengenakan syarat lebih ketat dan meneguhkan kawalan pemiutang terhadap negara itu.

Kontrak minyak mentah AS, WTI diniagakan pada AS$52.13 setong, turun 61 cents manakala kontrak Brent jatuh 69 cents kepada AS$58.04.

Dengan keadaan lebihan penawaran dan risiko ekonomi yang pelbagai, banyak bank yang menurunkan lagi unjuran harga minyak mereka.

ARTIKEL YANG SAMA