Harga minyak ditahap memberangsangkan – OPEC

Harga minyak ditahap memberangsangkan – OPEC

VIENNA, 5 Jun – OPEC dijangka berpuas hati dengan pemulihan harga minyak, tetapi kegagalannya untuk mencapai satu persetujuan mengenai had maksimum pengeluaran untuk mengawal aliran minyak mentah menunjukkan perbezaan pendapat berlarutan yang mungkin menandakan masalah pada masa hadapan, penganalisis mengingatkan.

Bertemu di Vienna pada Khamis, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum meluahkan keyakinan bahawa krisis sejak dua tahun lalu yang melihat harga merosot dan pemisahan kini sudah berakhir.

Ia berkata sejak Disember, “harga minyak mentah telah meningkat sebanyak lebih daripada 80 peratus, bekalan dan permintaan telah bertemu dan stok pengeluaran minyak di OECD telah menunjukkan kesederhanaan baru-baru ini.”

Menurut Helima Croft di Pasaran Modal RBC, suasana di perhimpunan itu “adalah jauh lebih optimistik” berbanding mesyuarat sebelumnya pada Disember.

Menteri Tenaga Arab Saudi Khaled al-Falih, baru dilantik oleh Penolong Putera Mahkota Mohammed bin Salman, meneruskan ‘dasar memujuk’ untuk ‘berdamai.’

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih (kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum ke-169, OPEC, di ibu pejabat OPEC di Vienna pada khamis lalu. – AFP
Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih (kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum ke-169, OPEC, di ibu pejabat OPEC di Vienna pada khamis lalu. – AFP

Ia dibantu oleh strategi Riyad untuk terus mengepam minyak pada jumlah tinggi demi mengekal bahagian pasaran dan memberi tekanan kepada pesaing meskipun harga rendah nampaknya berkesan pada akhirnya.

Dengan berpuluh pengeluar minyak syal AS jatuh muflis, pengeluaran bukan OPEC diramalkan merosot dan harga telah pulih kepada kira-kira $50, tahap tinggi enam bulan, setelah merosot daripada $100 pada 2014 kepada $25 pada Januari.

Pada masa yang sama, Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan kemelesetan bekalan global, yang mencetuskan kejatuhan harga yang teruk – akan ‘mengecut mendadak’ pada tahun ini.

Pemulihan ini juga berlaku tepat pada masanya, dengan harga rendah bertahun-tahun lamanya telah menjejas pelaburan dalam telaga dan teknologi baru, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya ma-salah bekalan pada masa depan. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA