Harga minyak jatuh selepas rundingan gagal Doha

Harga minyak jatuh selepas rundingan gagal Doha

SINGAPURA, 18 April (AFP) – Harga minyak jatuh hari ini selepas para pengeluar utama di dunia gagal mencapai perjanjian pembekuan pengeluaran bertujuan mengurangkan lebihan bekalan sejagat, yang mencetuskan kebimbangan ia akan memulakan satu lagi pusingan kejatuhan harga.

Harapan kumpulan pengeksport OPEC dan pengeluar besar lain, yang termasuklah Rusia akan bersetuju untuk membekukan pengeluaran pada rundingan semalam di Doha membantu mengeluarkan harga minyak dari tahap rendah 13 tahun pada Februari.

Tetapi komoditi agak teruk hari ini selepas negara penting Arab Saudi meninggalkan rundingan yang ramai berharap akan mengurangkan lebihan besar dalam bekalan dunia, kerana pemulauan oleh saingannya, Iran.

Sekitar pukul 6 petang, tanda aras West Texas Intermediate AS bagi penghantaran bulan Mei jatuh AS$1.70 atau 4.21 peratus pada AS$38.66 setong, manakala tanda aras sejagat minyak mentah Brent bagi Jun jatuh 3.94 peratus, atau AS$1.70 kepada AS$41.40.

“Jangkaan rundingan berakhir dengan perjanjian adalah tinggi, dan kekurangan satu menjejaskan kredibiliti rundingan akan datang untuk menyokong pasaran minyak,” kata Bernard Aw, pakar strategi pasaran di IG Markets Singapura.

Sanjeev Gupta, penganalisis minyak dan gas di EY memberitahu AFP bahawa kegagalan di Doha menghidupkan semula kebimbangan kejatuhan harga terutamanya selepas Arab Saudi menguatkan pendiriannya dan mengancam akan menambah pengeluaran segera jika tidak ada perjanjian pembekuan dicapai.”

Peter Lee, seorang penganalisis minyak dan gas BMI Research, memberi amaran kejatuhan harga minyak boleh mencapai 15 peratus. “Apa yang jelas dari ini ialah OPEC tidak lagi menjadi pemacu utama harga minyak,” Lee memberitahu.

ARTIKEL YANG SAMA