Harga minyak kembali merosot dalam pasaran global

Harga minyak kembali merosot dalam pasaran global

SINGAPURA, 13 Jun (AFP) – Harga minyak merosot sekali lagi pada hari ini, melanjutkan kerugian pada minggu lalu dan mencerminkan penjualan di seluruh pasaran Asia yang dimarakkan oleh kebimbangan mengenai ekonomi global, masa depan Britain dalam EU dan pengeluar mengembalikan operasi lebih banyak rig.

Kemerosotan berlaku selepas minyak AS West Texas Intermediate pada minggu lalu mencecah tahap tinggi 11-bulan disebabkan dolar yang lebih lemah, yang menjadikan komoditi itu lebih murah untuk sesiapa yang menggunakan mata wang lain.

Peniaga sedang menunggu mesyuarat Simpanan Persekutuan AS dan Bank Jepun pada minggu ini dengan harapan mereka sekurang-kurangnya akan memberikan sedikit panduan mengenai dasar mata wang. Juga timbulnya perasaan takut bahawa Britain akan mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, dengan beberapa tinjauan pendapat berkata pihak ‘yang meninggalkan EU’ berada di depan seminggu sebelum referendum pada 23 Jun.

Timbulnya kebimbangan bahawa keputusan sedemikian mungkin membawa kepada kekacauan baru di seluruh pasaran global.

“Minggu ini serta minggu akan datang mungkin melihat keadaan turun naik yang meningkat dalam pasaran. Arus yang menyelubungi sentimen Brexit akan beralih tatkala pengundian menjana perniagaan,” tulis Bernard Aw, ahli strategi untuk IG Markets dalam satu nota.

“Sementara tidak adanya jangkaan untuk tindakan daripada Simpanan Persekutuan dan Bank Jepun, komen selepas keputusan mereka masih penting.