Harga minyak kembali naik di Asia

Harga minyak kembali naik di Asia

SINGAPURA, 4 Mac (AFP) – Harga minyak naik di Asia hari ini selepas Nigeria berkata pengeluar minyak mentah merancang untuk bertemu di Rusia pada akhir bulan ini untuk membincang satu pembekuan pengeluaran.

Pemulihan menyusuli pemerolehan seminggu untuk komoditi tersebut, yang pada Januari mencecah tahap rendah 13-tahun di bawah AS$30 satu tong disebabkan pengeluaran berlebihan, kemelesetan bekalan dan kelembapan dalam ekonomi global.

Menteri minyak Nigeria Emmanuel Ibe Kachikwu berkata semalam mesyuarat akan diadakan pada 20 Mac dan meramalkan terdapatnya ‘pergerakan harga dramatik’, lapor Bloomberg News.

Pada kira-kira 0615 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada April adalah 31 sen lebih tinggi pada AS$34.88 satu tong. Brent untuk hantaran Mei naik 33 sen kepada AS$37.40 satu tong.

Kedua-duanya telah naik kira-kira AS$2 sejak minggu lalu. Minyak mentah telah berpulih baru-baru ini ekoran spekulasi mengenai rancangan oleh pengeluar minyak utama termasuk Arab Saudi untuk mengehad pengeluaran.