Harga minyak lanjut pemerolehan menjelang pertemuan pengeluar minyak

Harga minyak lanjut pemerolehan menjelang pertemuan pengeluar minyak

SINGAPURA, 17 Mac (AFP) – Harga minyak melanjutkan pemerolehan mereka di Asia hari ini selepas pengeluar utama bersetuju untuk bertemu pada bulan depan bagi membincang mengehadkan pengeluaran dan menstabilkan kemerosotan harga.

Menteri tenaga Qatar, Mohammed al-Sada mengesahkan pengeluar utama dari dalam dan luar kartel OPEC akan bertemu pada 17 April di Doha, sekali gus mencetuskan harapan satu perjanjian akan dicapai untuk meredakan kemelesetan bekalan global.

Inisiatif itu disokong oleh 15 negara yang menyumbang kepada kira-kira 73 peratus daripada pengeluaran minyak global, kata menteri, yang juga berkhidmat sebagai presiden Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak, yang menyokong inisiatif itu, berkata Iran telah memberi petunjuk ia “bersedia untuk mengambil bahagian” dalam mesyuarat, beberapa hari selepas Tehran mengingatkan ia tidak akan menimbang sebarang had sehingga ia telah menambah dua kali ganda pengeluaran kepada empat juta tong sehari.

Berita itu menyebabkan harga naik dan pada kira-kira 0300 GMT, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada bulan April meningkat 65 sen, atau 1.69 peratus, kepada AS$39.11. Minyak mentah Brent untuk Mei naik 38 sen, atau 0.94 peratus, kepada AS$40.71.

ARTIKEL YANG SAMA