Harga minyak meneruskan kenaikan

Harga minyak meneruskan kenaikan

SINGAPURA, 1 Dis – Harga minyak meneruskan kenaikannya hari ini dan mencecah melebihi had AS$50 mereka ekoran keputusan OPEC untuk menjalankan pemotongan pengeluaran pertama mereka dalam lapan tahun.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum pada satu mesyuarat di Yaman semalam bersetuju mengenai sasaran khusus untuk menggubal satu perjanjian awal yang dicapai pada September dengan tujuan meredakan kemelut bekalan minyak mentah global dan merangsang harga.

Ramai penganalisis telah menjangka kartel pengeluar gagal mencapai satu perjanjian memandangkan pelabur utama seperti Iran, Iraq dan Arab Saudi masih tidak bersepakat sebelum mesyuarat.

Harga niaga depan minyak mentah meningkat lebih daripada 10 peratus sejurus selepas perjanjian OPEC.

Pada 0630 GMT hari ini, selepas kemerosotan dalam perniagaan awal di Asia, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada bulan Januari naik 70 sen atau 1.42 peratus kepada AS$50.14, sementara minyak mentah Brent untuk Februari adalah 81 sen atau 1.6 peratus lebih tinggi pada AS$52.65. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA