Harga minyak meningkat

Harga minyak meningkat

SINGAPURA, 25 Sept (AFP) – Harga minyak meningkat dalam perniagaan Asia hari ini ekoran kemerosotan dalam inventori minyak mentah AS, walaupun pembelian yang lebih banyak dilembutkan dengan jangkaan satu kepulangan minyak mentah Iran ke pasaran akan menambah seterusnya bekalan global.

Minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran November meningkat 40 sen kepada AS$45.31 dan minyak mentah Brent naik 28 sen kepada AS$48.45.

“Pasaran minyak terperangkap dalam perniagaan berjulat, tanpa arahan yang jelas di mana hala tuju harga,” beritahu Bernard Aw, ahli strategi pasaran di IG Markets di Singapura, kepada AFP.

“Daripada perspektif yang lebih luas, beberapa perkara telah berubah,” kata beliau, merujuk kepada bekalan yang terus mengatasi permintaan.

Pada Rabu, Jabatan Tenaga AS (DoE) berkata inventori minyak mentah komersial merosot 1.9 juta tong pada minggu berakhir 18 September, menandakan pemulihan dalam permintaan.

Bagaimanapun, laporan juga menunjukkan pengeluaran di tempat sendiri meningkat untuk kali pertama selepas merosot selama enam minggu.

Juga, Aw berkata harga terjejas oleh “pertambahan berpotensi dalam bekalan global berdasarkan jangkaan minyak Iran akan kembali ke pasaran apabila sekatan dibatalkan.”

Iran buat masa sekarang sedang diawasi atas kepatuhannya di bawah satu perjanjian dengan kuasa dunia utama untuk mengawal cita-cita nuklearnya sebagai tukaran kepada pembatalan sekatan ekonomi Barat yang telah mengehadkan eksport minyaknya.

Penganalisis berkata Iran boleh menambah eksportnya dalam tempoh beberapa bulan selepas ia diberikan kebenaran oleh pemeriksa antarabangsa dan ia mungkin menghapus kira mana-mana pemotongan dalam pengeluaran AS di pasaran minyak mentah yang mempunyai penawaran berlebihan.

“Harga WTI dan Brent masih terperangkap dalam julat AS$40-AS$50, dan harus kekal di sana sepanjang bulan ini,” kata Aw.

ARTIKEL YANG SAMA