Harga minyak meningkat di Asia

Harga minyak meningkat di Asia

SINGAPURA, 8 April (AFP) – Harga minyak naik hari ini, dengan Brent meningkat melebihi AS$40, tatkala peniaga menerima kemerostan pengeluaran AS sebelum mesyuarat pengeluar pada bulan ini untuk membincang cadangan pembekuan pengeluaran.

Pengeluaran di AS merosot untuk kali ke-10 dalam 11 minggu, kepada 9.0 juta tong sehari dalam minggu sehingga 1 April, tahap paling rendah sejak November 2014, menurut data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga AS.

Simpanan stok minyak mentah komersial dalam negara pengguna minyak terkenal dunia turut merosot, menandakan permintaan yang lebih kukuh. Pada kira-kira 0720 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada bulan Mei naik AS$1.03, atau 2.76 peratus, kepada AS$38.29 dan minyak mentah Brent untuk Jun meningkat 83 sen, atau 2.10 peratus, pada AS$40.26.

Harga merosot semalam ekoran pemulihan sebanyak lima peratus pada hari sebelumnya dalam reaksi terhadap kemerosotan dalam inventori AS. Namun peniaga sedang menumpu pada mesyuarat pada 17 April di Doha di kalangan pengeluar minyak mentah pimpinan Rusia dan Arab Saudi untuk membincang langkah-langkah untuk menstabilkan harga, termasuk pembekuan pengeluaran pada tahap Januari 2016.

Terdapat isyarat bercanggahan mengenai sama ada satu perjanjian akan dicapai. Arab Saudi berkata ia hanya akan bersetuju mengenai had sekiranya negara lain mengikut, sementara Iran berkata ia masih menambah pengeluaran selepas sekatan ekonomi Barat dibatalkan pada Januari.

“Malangnya, sejarah menentang mana-mana konkrit yang keluar daripada mesyuarat Doha,” beritahu penganalisis David Lennox daripada Fat Prophets di Sydney kepada AFP.

“Namun banyak negara OPEC terasa krisis ekonomi, yang mungkin memberikan mereka pendorong untuk mengambil tindakan positif dalam mengurangkan pengeluaran,” kata beliau.

ARTIKEL YANG SAMA