Harga minyak mentah Asia cecah bawah AS$40

Harga minyak mentah Asia cecah bawah AS$40

SINGAPURA, 24 Ogos (AFP) – Harga minyak mentah merosot di Asia hari ini, dengan minyak Amerika Syarikat mencecah di bawah AS$40 satu tong di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat mengenai pertumbuhan ekonomi China yang lemah dan bekalan berlebihan global, menurut penganalisis.

Minyak Amerika Syarkat West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada Oktober merosot AS$1.04 kepada AS$39.41 sementara minyak mentah Brent untuk Oktober merosot 91 sen kepada AS$44.55 dalam perniagaan pada lewat pagi. WTI melanjutkan kerugian selepas merosot kepada AS$39.86 pada Jumaat di New York, mencecah AS$40 untuk kali pertama dalam enam tahun – selepas data menunjukkan satu pertambahan dalam pelantar minyak AS meskipun bekalan global yang mencukupi.

“Data pengeluaran lembut dari China dan pertambahan berterusan dalam pengiraan pelantar mingguan membawa kepada penjualan mendadak” dalam harga minyak, kata Sanjeev Gupta, ketua operasi minyak dan gas Asia Pasifik di firma pakar runding EY.

Laporan pengeluaran yang lebih lemah daripada dijangka pada Jumaat juga menambah kebimbangan permintaan minyak juga berkurangan di China. – Reuters
Laporan pengeluaran yang lebih lemah daripada dijangka pada Jumaat juga menambah kebimbangan permintaan minyak juga berkurangan di China. – Reuters

Pengiraan pelantar minyak AS Baker Hughes menunjukkan pengeluar di pengguna minyak mentah teratas dunia menambah dua lagi pelantar pada minggu sehingga 21 Ogos, jumlah yang sama seperti minggu sebelumnya, membawa jumlah keseluruhan pelantar minyak penggerudian aktif kepada 674. Laporan pengeluaran yang lebih lemah daripada dijangka pada Jumaat juga menambah kebimbangan permintaan minyak juga berkurangan di China. Indeks Pengurus Pembelian Caixin mencecah 47.1 pada bulan ini, merosot daripada 47.8 pada Julai dan bacaan paling teruk sejak Mac 2009. Satu bacaan di bawah 50 menandakan pengecutan dalam aktiviti.

Data lemah mencetuskan kebimbangan mengenai ekonomi kedua terbesar dunia dan pengimport tenaga terkenal – telah pun terjejas oleh penurunan nilai yuan dua minggu lalu – pada masa apabila tahap pengeluaran yang tinggi dan pertumbuhan permintaan yang lemah sedang membebani harga. Peniaga minyak akan meneliti data KDNK suku kedua AS yang dijangka dikeluarkan pada Khamis, kata penganalisis.

ARTIKEL YANG SAMA