Harga minyak mentah Asia susut

Harga minyak mentah Asia susut

TOKYO, 8 Feb – Harga minyak mentah susut di Asia hari ini ketika kebimbangan tentang berita bekalan membanjiri pengimbangan bahawa menteri-menteri minyak Arab Saudi dan Venezuela telah mengadakan rundingan berhubung menstabilkan pasaran yang terjejas.

Kenaikan nilai dolar juga membebani komoditi, dengan penurunan dalam pengangguran AS dan peningkatan pertumbuhan gaji yang mencetuskan desas desus bahawa Simpanan Persekutuan boleh menarikan kadar faedah lagi bulan depan.

Sekitar pukul 3 petang waktu tempatan, tanda aras AS, West Texas Intermediate bagi penghantaran bulan Mac adalah empat sen atau 0.13 peratus, lebih tinggi pada $30.85 manakala minyak mentah Brent bagi bulan April tujuh sen, atau 0.21 peratus, jatuh pada $33.99.

Minyak mentah keluar masuk dari wilayah positif selepas pengeksport utama Arab Saudi mengumumkan rundingan antara Ali al-Naimi dan rakan sejawatannya dari Venezuela semalam untuk membincangkan rundingan negara Amerika Selatan dengan para pengeluar lain untuk menaikkan harga.

Kejatuhan dalam harga minyak kepada paras rendah 12 tahun disebabkan kebanjiran bekalan, permintaan lemah dan nilai tinggi dolar telah menjejaskan negara-negara pengeluar seperti Venezuela dan Nigeria yang bergantung pada pendapatan komoditi untuk menaikkan ekonominya.

Proses pengumpulan minyak mentah yang baru digali. – Reuters
Proses pengumpulan minyak mentah yang baru digali. – Reuters

Bagaimanapun kumpulan pengeluar OPEC yang mana Arab Saudi adalah anggota utama enggan mengurangkan pengeluaran ketika ia nampaknya akan mengekalkan pasaran saham di tengah persaingan dari syal AS.

WTI jatuh hampir 20 peratus tahun ini dan Brent lebih 10 peratus.

“Sedikit tanda keredaan di bahagian bekalan,” Michael McCarthy, ketua pakar strategik di CMC Markets di Sydney, memberitahu Bloomberg News.

Nilai dolar melonjak selepas Jabatan Buruh pada Jumaat lau berkata kadar pengangguran AS telah jatuh kepada tahap rendah lapan tahun dan pertumbuhan gaji meningkat.

Itu mencetuskan spekulasi satu lagi kenaikan kadar Simpanan Persekutuan yang menarik para pelabur kepada dolar. Nilai dolar mengakibatkan minyak dengan nilai dolar lebih mahal bagi para pelanggan yang menggunakan matawang lebih lemah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA