Harga minyak mentah jatuh

Harga minyak mentah jatuh

SINGAPURA, 23 Ogos – Harga minyak mentah jatuh pada awal dagangan hari ini kerana penganalisis termasuk Goldman Sachs memberi amaran rali harga pada Ogos adalah keterlaluan, dan cadangan pembekuan pengeluaran pada paras rekod semasa tidak akan membantu mengekang lebihan bekalan dalam pasaran.

Kontrak hadapan penanda aras antarabangsa, Brent didagangkan pada paras AS$48.98 setong pada 0032 GMT, jatuh 18 cents berbanding penutup sebelum ini.Kontrak minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) jatuh 23 cents kepada AS$47.18 setong.

Penganalisis berkata, kejatuhan itu berikutan rali harga yang keterlaluan pada bulan ini yang mana melonjakkan harga minyak mentah sebanyak lebih 20 peratus antara awal bulan ini dan akhir minggu lalu.

Sejak itu, harga jatuh semula lebih 3.5 peratus. Goldman Sachs berkata, cadangan oleh anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain seperti Russia untuk membekukan output pada paras semasa akan menyebabkan pengeluaran berada pada paras rekod.

Goldman berkata, ia mengunjurkan harga minyak mentah bergerak antara AS$45 dan AS$50 setong pada musim panas akan datang. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA