Harga minyak mentah meningkat di Asia

Harga minyak mentah meningkat di Asia

SINGAPURA, 9 Mei (AFP) – Harga minyak mentah melanjutkan pemerolehan di Asia hari ini tatkala kebakaran hutan menjejas pengeluaran di Kanada, sementara peniaga menerima berita mengatakan Arab Saudi telah mengganti menteri minyaknya.

Pada kira-kira 0630 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada Jun naik 78 sen, atau 1.75 peratus, pada $45.44 satu tong sementara North Sea Brent untuk Julai naik 56 sen, atau 1.23 peratus, pada $45.93.

Arab Saudi, pengeksport terbesar dalam kumpulan pengeluar OPEC, pada Jumaat mengganti Ali al-Naini – yang telah memegang jawatannya selama dua dekad – dengan sekutu rapat penolong putera mahkota.

Beliau akan diganti oleh Khaled al-Falih, ketua syarikat minyak Saudi Aramco dan sekutu Putera Mohammed bin Salman, yang telah mengambil alih dasar ekonomi dan telah melancarkan satu kempen untuk memperbaharui ekonomi untuk mengurangkan kebergantungannya pada minyak.

“Pelantikan seorang menteri baru menunjukkan Saudi cuba memberikan nafas baru kepada pasaran dan bersikap serius untuk mengurangkan pengeluaran,” beritahu peniaga jualan senior Alex Wijaya kepada AFP.

“Maka terdapatnya banyak prospek positif dalam pasaran, yang kami lihat akan menaikkan harga,” kata Wijaya.

Naimi adalah salah seorang tokoh paling berpengaruh dalam kartel minyak OPEC tetapi pengaruhnya baru-baru ini nampaknya telah dikawal oleh kuasa Putera Mohammed yang semakin meningkat.

Kebakaran hutan di rantau Alberta di Kanada telah memaksa pengeluar mengurangkan pengeluaran sebanyak berjuta-juta tong sehari. Kebakaran sedang memusnahkan kawasan sekitar Fort McMurray, pusat simpanan minyak pasir Kanada yang merupakan yang ketiga terbesar di dunia, dan memaksa pengeluar menutup operasi.

ARTIKEL YANG SAMA