Harga minyak mentah merosot

Harga minyak mentah merosot

pg18_160507_c

SINGAPURA, 6 Mei (AFP) – Harga minyak mentah merosot di Asia hari ini tatkala peniaga menunggu laporan pekerjaan AS yang mungkin memberikan petunjuk mengenai keadaan ekonomi terbesar dunia dan haluan kadar faedah.

Laporan yang dijangka keluar pada lewat hari ini mungkin menentukan bila Persekutuan menambah kos pinjaman, yang akan menjejas dolar dan, seterusnya permintaan untuk minyak.

Pada kira-kira 0345 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada bulan Jun merosot 20 sen, atau 0.45 peratus, pada AS$44.12 dan minyak mentah Brent untuk Julai merosot 18 sen, atau 0.40 peratus, kepada AS$44.83.

Peniaga tidak mungkin mengambil langkah besar sebelum laporan, beritahu ketua ahli strategi pasaran CMC Markets Michael McCarthy di Sydney, kepada AFP.

“Ia akan memberi kesan langsung ke atas dolar AS dan disebabkan kelemahan dolar AS telah menjadi salah satu penyokong harga minyak terutamanya, ia adalah satu laporan penting.”

Dolar yang lebih lemah menjadikan minyak mentah lebih murah untuk sesiapa yang memegang mata wang lain, sekali gus merangsang permintaan dan harga.

Spekulasi mengatakan bank pusat AS mungkin menambah kadar pada mesyuaratnya pada Jun dicetuskan pada minggu ini selepas dua ketua serantau Simpanan Persekutuan meluahkan sokongan mereka terhadap tindakan sedemikian.

Dasar rasmi Persekutuan adalah mana-mana keputusan adalah bergantung pada keadaan ekonomi AS.

Harga juga menerima sokongan daripada krisis politik di negara pengeksport Libya, satu kemerosotan dalam pengeluaran minyak dan kebakaran yang telah mengawal bekalan dari Kanada.

Sebanyak satu juta tong sehari mungkin terjejas akibat kebakaran di rantai minyak Alberta di Kanada, yang melombong dan menghantar minyak mentah ke Amerika Syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA