Harga minyak menurun di Asia

Harga minyak menurun di Asia

SINGAPURA, 30 Mei – Harga minyak menurun di Asia hari ini selepas komen daripada ketua bank pusat AS yang mencadangkan kadar faedah akan naik tidak lama lagi, namun peniaga sedang menaruh harapan mereka pada pasaran global yang terkawal sebelum mesyuarat OPEC pada minggu ini.

Pengerusi Simpanan Persekutuan Janet Yellen berkata pada Jumaat ekonomi AS sedang meningkat cukup untuk menyokong kenaikan kadar faedah “kemungkinan pada bulan-bulan akan datang,” menambah kemungkinan kenaikan kadar pada Jun atau Julai.

Dolar naik berbanding semua mata wang utama tatkala pasaran menerima berita tersebut.

Dolar yang lebih kukuh menjadikan minyak yang dijual dalam mata wang dolar lebih mahal, sekali gus menjejas permintaan dan harga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA