Harga minyak menurun di tengah krisis Greece

Harga minyak menurun di tengah krisis Greece

SINGAPURA, 30 Jun (AFP) – Harga minyak terus mencatatkan kerugian di Asia hari ini pada jangkaan Greece akan terlepas pembayaran semula hutang utama lewat hari ini dan semakin menghampiri pintu keluar dari eurozone, menurut para penganalisis.

Penghantaran West Texas Intermediate AS (WTI) bagi Ogos jatuh 23 sen kepada $58.10 manakala minyak mentah Brent bagi Ogos berkurang 15 sen kepada $61.86 dalam dagangan lewat pagi.

WTI jatuh $1.30 dan Brent jatuh $1.25 semalam.

Minyak mentah mencatatkan kerugian dalam pasaran ekuiti sejagat semalam selepas Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras mengejutkan dunia pada hujung minggu dengan menghentikan rundingan pembaharuan jaminan dan menyeru bagi referendum berhubung syarat penjimatan yang dituntut oleh para pemiutangnya.

Langkah itu bermakna Athens tidak mungkin menyetujui perjanjian untuk membuka dana jaminan untuk membayar semula hutang IMF pada akhir hari ini, yang meletakkannya dalam keadaan gagal membayar hutang dan dalam bahaya keluar dari eurozone.

Para pemimpin tertinggi Eropah termasuklah Angela Merkel dari Jerman, Francois Hollande dari Perancis, dan Matteo Renzi dari Itali menyeru rakyat Greece untuk mengundi bagi cadangan para pemiutang, dengan memberi amaran ‘tidak’ akan bermakna keluar dari eurozone.

“Ini memperlihatkan turun naik muncul dari ketidakpastian dengan Greece,” kata Daniel Ang, penganalisis pelaburan dari Phillip Futures di Singapura.

Ang berkata dolar As kukuh disebabkan para pelabur menganggapnya sebagai tempat selamat, harga minyak akan masih tertekan.

Dolar yang lebih kukuh membuatkan minyak mentah berharga dolar lebih mahal bagi para pembeli yang menggunakan matawang lebih lemah.

Para peniaga juga menanti untuk melihat jika Iran dan kuasa-kuasa besar dunia boleh mencapai perjanjian berhubung membendung program nuklear Tehran menjelang akhir hari ini, had akhir yang ditetapkan oleh kedua belah pihak.

ARTIKEL YANG SAMA