Harga minyak merosot

Harga minyak merosot

SINGAPURA, 16 Sept – Harga minyak merosot di Asia pada hari ini tatkala prospek pengeluaran yang lebih tinggi dari Libya dan Nigeria mencetuskan kebimbangan tentang bekalan berlebihan, sekali gus menghapus pemulihan.

Kedua-dua kontrak meningkat semalam berdasarkan berita mengatakan 6,000 tong gasolin telah terbocor daripada saluran paip Colonial yang membawa minyak dari Pantai Teluk ke timur Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kebocoran adalah tidak mencukupi untuk menyurami jangkaan bahawa Libya dan Nigeria akan menambah pengeluaran.

Pada kira-kira 0630 GMT, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) merosot 27 sen kepada AS$43.64 dan Brent merosot 24 sen kepada AS$46.34. WTI merosot 4.8 peratus dalam tempoh seminggu sementara Brent kerugian 3.5 peratus.

Jeffrey Halley, penganalisis senior pasaran di perniagaan OANDA, berkata isu bekalan kembali semula “dengan Libya dan Nigeria membatal force majeures dan menambah hantaran minyak mentah.”

Korporasi Minyak Nasional Libya berkata pada minggu ini ia akan menambah dua akali ganda pengeluaran dalam tempoh empat minggu selepas ia diberikan kawalan ke atas pelabuhan penting yang telah dirampas oleh tentera yang setia dengan pentadbiran yang menentang negara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA