Harga minyak merosot bimbang permintaan lemah

Harga minyak merosot bimbang permintaan lemah

SINGAPURA, 15 Julai – Minyak merosot di Asia hari ini, menentang pemulihan ekuiti tatkala kebimbangan mengenai kemelesetan bekalan dan permintaan lemah kembali, dengan beberapa penganalisis meramalkan harga minyak mentah mungkin merosot kepada AS$40 satu tong.

Harga telah berpulih daripada tahap rendah dua bulan di sebalik jangkaan lebih banyak langkah perangsang akan dilaksanakan dalam ekonomi utama.

Namun pengeluaran meningkat daripada pengeluar minyak mentah mencetuskan semula kebimbangan bahawa bekalan berlebihan mungkin tidak berkurangan secepat yang dijangkakan.

Minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada Ogos merosot AS$0.28 sen, atau 0.61 peratus, kepada AS$45.40 dan minyak mentah Brent untuk September merosot AS$0.27 sen, atau 0.57 peratus, kepada AS$47.10 satu tong pada kira-kira 0600 GMT.

“Harga minyak merosot disebabkan kebimbangan bekalan berlebihan,” kata penganalisis IG Markets Bernard Aw.

“Kami telah melihat pengeluaran OPEC mencecah jumlah tertingginya dalam sejarah terbaru, dirangsang oleh pengeluaran Nigeria dan lebih banyak bekalan daripada pengeluar Teluk,” beritahunya kepada AFP.

“Terdapat amaran penganalisis tentang minyak mencecah AS$40, yang menjejaskan sentimen,” tambah beliau.

Pengeluaran Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum meningkat 300,000 tong sehari pada Jun, berhampiran dengan tahap tinggi lapan tahun sebanyak 32.73 juta tong sehari, menurut pembekal maklumat Tenaga S&P Global Platts.

Ia berkata ia didorong oleh pemulihan sementara dalam pengeluaran di Nigeria dan Libya, dan kenaikan “stabil” dalam pengeluarand ari Arab Saudi dan Iran. Kebimbangan bekalan berlebihan timbul di tengah permintaan merosot, terutamanya dari China, pengguna minyak teratas dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA