Harga minyak merosot di Asia

Harga minyak merosot di Asia

SINGAPURA, 8 Jun (AFP) – Harga minyak merosot di Asia hari ini selepas OPEC memutuskan untuk mengekal tahap pengeluarannya yang tinggi, sementara peniaga juga menimbang kepulangan bekalan Iran yang telah pun dikawal oleh sekatan antarabangsa ke atas Tehran, menurut penganalisis.

Minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada Julai merosot 59 sen kepada AS$58.54 sementara minyak mentah Brent untuk hantaran pada Julai merosot 56 sen kepada AS$62.75 dalam perniagaan pada pagi.

Penganalisis berkata pelabur sedang menimbang kesan jangka panjang ke atas harga selepas 12 negara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada Jumaat tidak menghiraukan gesaan untuk memotong pengeluaran untuk mengurangkan kemelesetan bekalan global yang telah melihat harga merosot hampir 50 peratus sejak setahun lalu.

Sebaliknya, mereka mengekal sasaran kolektif mereka pada 30 juta tong sehari – di mana ia telah kekal selama lebih tiga setengah tahun.

Negara OPEC dilaporkan mengepam lebih daripada 31 juta tong sehari, dengan riisko lebih banyak akan dikeluarkan.

Sanjeev Gupta, ketua firma minyak dan gas Asia-Pasifik di firma pakar runding perniagaan EY, berkata harga “mungkin tetap tidak stabil” sebelum tarikh akhir pada 30 Jun untuk Iran dan kuasa dunia untuk mencapai satu perjanjian bertujuan mengawal program nuklear Tehran.

Enam kuasa global – Britain, China, Perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat – berusaha mencapai satu perjanjian untuk mengawal program nuklear Iran dengan mengurangkan simpanan stok uranium dan menyimpan beberapa tapaknya. Jika perjanjian dicapai dan dilaksanakan, kuasa tersebut telah bersetuju untuk mengurangkan sekatan yang dikenakan sejak 2012, termasuk ke atas industri petroleumnya.

Iran mempunyai simpanan minyak keempat terbesar dunia namun eksportnya telah merosot lebih daripada 2.2 juta tong sehari pada 2011 kepada kira-kira 1.3 juta disebabkan sekatan yang dikenakan.

ARTIKEL YANG SAMA