Harga minyak merosot, Iran enggan beku minyak

Harga minyak merosot, Iran enggan beku minyak

SINGAPURA, 14 Mac (AFP) – Harga minyak merosot di Asia hari ini disebabkan pemerolehan keuntungan ekoran pertambahan pada minggu lalu dan keputusan Iran yang enggan menyertai cadangan pembekuan pengeluaran oleh pengeluar minyak mentah.

Pada kira-kira 0620 GMT, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada bulan April merosot 21 sen kepada AS$38.29 dan minyak mentah Brent untuk Mei merosot empat sen pada AS$40.35.

Tehran mengumumkan semalam bahawa ia akan menyertai satu mesyuarat di antara negara pengeluar besar hanya selepas pengeluarannya telah mencecah tahap sebelum sekatan sebanyak 4.0 juta tong sehari.

Mesyuarat pada 20 Mac di Rusia untuk membincang satu pembekuan pengeluaran nampaknya tidak mungkin berlaku sekiranya Iran tidak mengambil bahagian dalam rundingan, dipimpin oleh Arab Saudi.

Rusia dan Arab Saudi mengadakan mesyuarat selepas satu pertambahan dalam pengeluaran global pada Januari memburukkan kemelesetan bekalan yang menyebabkan harga merosot, mencecah tahap rendah 13-tahun pada 11 Februari dengan niaga depan minyak mentah AS pada $26.05 dan Brent diniagakan kurang daripada $30.