Harga minyak merosot, kekal di atas AS$46

Harga minyak merosot, kekal di atas AS$46

SINGAPURA, 17 Ogos – Harga minyak merosot di Asia hari ini tatkala pelabur mencatat keuntungan daripada pemerolehan baru-baru ini, tetapi kekal melebihi AS$46 berdasarkan harapan pengeluar akan memutuskan untuk membeku pengeluaran pada satu mesyuarat pada bulan depan.

Harga ditutup pada tahap tinggi lima minggu semalaman, dirangsang oleh dolar yang lebih lemah dan selepas kata-kata oleh ketua OPEC Arab Saudi dan pesaing bukan OPEC Rusia mengenai kerjasma untuk menstabilkan harga, yang mungkin termasuk satu pembekuan pengeluaran.

Minyak mentah AS meningkat 1.8 peratus untuk mencecah pada AS$46.48 satu tong di New York dan Brent juga meningkat 1.8 peratus untuk ditutup pada AS$49.23 di London semalam.

Kedua-dua kontrak merosot dalam perniagaan Asia hari ini tatkala pelabur memperoleh keuntungan, tetapi pe-nganalisis berkata kemerosotan terjejas oleh pembelian sebagai jangkaan harga akan naik lagi.

“Ya, wujudnya elemen pemerolehan keuntungan pada mulanya. Bagaimanapun, ia kelihatan seolah-olah peniaga Asia telah menggunakan tindakan pemerolehan keuntungan untuk masa depan,” kata Jeffrey Halley, penganalisis senior pasaran di OANDA.

Pada kira-kira 0400GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada September merosot 25 sen atau 0.54 peratus, pada AS$46.33 dan minyak mentah Brent untuk Oktober merosot 35 sen, atau 0.75 peratus, kepada AS$48.88 satu tong.

Harga telah meningkat sebanyak 18 peratus selepas ditutup di bawah AS$40 satu tong pada 2 Ogos untuk kali pertama sejak April dan merosot di pasaran bear.

Penganalisis menjangka harga turun naik sebelum mesyuarat tidak formal pada September di Algeria yang membabitkan anggota dan bukan anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Menteri minyak Saudi Khalid al-Falih pada minggu lalu mencadangkan perbincangan mungkin termasuk tindakan untuk menstabilkan harga – dilihat sebagai satu cadangan bahawa OPEC mungkin memulihkan rundingan mengenai pengurangan jumlah pengeluaran yang tinggi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA