Harga minyak merosot lagi

Harga minyak merosot lagi

HONG KONG, 12 Sept – Harga minyak merosot sekali lagi hari ini disebabkan pertambahan dalam usaha mencari gali dan dolar yang kukuh tatkala spekulasi tersebar mengatakan Simpanan Persekutuan mungkin menambah kadar faedah seawalnya pada bulan ini.

Komoditi merosot pada Jumaat, menghapus pemulihan pada hari sebelumnya apabila penganalisis berkata kemerosotan mendadak dalam inventori AS pada minggu lalu mungkin sekaligus berpunca daripada pengurangan import tatkala Taufan Hermine melanda Teluk Mexico.

Kata-kata daripada dua pegawai kanan Persekutuan pada Jumaat menyokong satu pertambahan dalam kos pinjaman juga menjejas pasaran tatkala dolar berpulih, menjadikan minyak mentah lebih mahal untuk sesiapa yang memegang unit wang yang lebih lemah.

Minyak AS West Texas Intermediate merosot 81 sen kapda AS$45.07 pada hari ini, sementara Brent merosot 75 sen kepada AS$47.26. Kedua-dua kontrak merosot hampir empat peratus pada Jumaat.

Berita mengatakan firma minyak telah membuka lebih banyak rig untuk menggerudi mencetuskan jangkaan bahawa pengeluaran AS akan meningkat, pada masa apabila permintaan masih lemah.

Gambar fail bertarikh 5 September 2016 menunjukkan seorang pekerja minyak Yaman berada di kilang penapis minyak Aden. - AFP
Gambar fail bertarikh 5 September 2016 menunjukkan seorang pekerja minyak Yaman berada di kilang penapis minyak Aden. – AFP

“Pasaran masih berada dalam keadaan lebihan dan terdapat inventori tinggi, maka kami mungkin melihat minyak merosot seterusnya dari sini, mungkin kembali kepada tahap rendah AS$40,” beritahu Ric Spooner, ketua penganalisis pasaran di CMC Markets di Sydney, kepada Bloomberg News.

Peniaga sedang menunggu satu mesyuarat pengeluar utama Rusia dan kelab pengeskport OPEC pada bulan ini untuk mengatasi kemelesetan bekalan global dan krisis pengeluaran berlebihan yang telah menjejas harga dalam tempoh dua tahun lalu.

Bagaimanapun, sementara terdapatnya kata-kata yang menenangkan daripada pegawai, penganalisis berasa ragu-ragu bahawa perjanjian akan dicapai pada perhimpunan di Algiers. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA