Harga minyak merosot, aktiviti perkilangan stabil

Harga minyak merosot, aktiviti perkilangan stabil

Salah seorang pekerja ketika melakukan kerja-kerja perkilangan di China. – AP
Salah seorang pekerja ketika melakukan kerja-kerja perkilangan di China. – AP

SINGAPURA, 1 Jun – Harga minyak merosot di Asia hari ini walaupun tatkala data rasmi China menunjukkan aktiviti kilang berkembang pada Mei, tatkala peniaga mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mesyuarat OPEC di Vienna pada minggu ini.

Harga minyak mentah telah pulih daripada tahap rendah mereka pada Januari di bawah $30, dan pada minggu lalu melepasi $50 satu tong untuk kali pertama pada tahun ini tatkala pasaran mendapat sokongan daripada penutupan pengeluaran di Kanada dan Nigeria.

Namun harga sejak itu telah merosot di bawah tahap psikologi utama, dan niaga depan minyak mentah masih kekal pada tahap kurang separuh daripada kemuncak $100 yang dicatat pada 2014 di tengah kemelesetan bekalan global.

Pada kira-kira 0645 GMT, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada Julai merosot 46 sen pada $48.64 satu tong. Minyak mentah Brent North Sea untuk Ogos, kontrak baru, merosot 52 sen pada $49.37.

Data rasmi dari China pada hari ini menunjukkan aktiviti kilang berkembang untuk bulan ketiga berturut-turut pada Mei tetapi perubahan adalah ‘terlalu kecil’ untuk memberi petunjuk pada satu pemulihan dalam permintaan minyak mentah di salah satu pengguna minyak terbesar di dunia, kata penganalisis IG Markets Bernard Aw.

Indeks Pengurus Pembelian, yang menjejak aktiviti di kilang dan bengkel negara, menunjukkan bacaan sebanyak 50.1. Mana-mana bacaan melebihi 50 mengisyaratkan perkembangan aktiviti.

Sementara itu, pengembangan sektor perkilangan di China kekal stabil pada bulan Mei, menurut laporan agensi berita Xinhua hari ini.

Ahli statistik NBS Zhao Qinghe ketika dipetik Xinhua menyatakan, aktiviti pembuatan China mengekalkan pertumbuhan bulan lepas, sebahagiannya disebabkan oleh perkembangan pembuatan berteknologi tinggi dan barangan pengguna.

PMI pembuatan berteknologi tinggi mencecah 50.8 dan PMI pengeluaran barangan pengguna adalah sebanyak 51.5. – AFP