Harga minyak mula naik

Harga minyak mula naik

SINGAPURA, 29 Feb (AFP) – Harga minyak naik hari ini, dirangsang oleh harapan pertumbuhan kukuh di negara pengguna utama Amerika Syarikat akan menyerap beberapa kemelesetan bekalan global yang telah membebani pasaran.

Pada kira-kira 0600 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada April telah naik dua sen kepada AS$32.80 satu tong di Tukaran Dagangan New York.

Di London, minyak mentah Brent North Sea untuk hantaran pada April juga adalah lebih tinggi pada AS$35.45 satu tong, naik 35 sen.

Ketua ahli strategi pasaran Michael McCarthy di CMC Markets di Sydney berkata pertumbuhan AS yang lebih baik daripada dijangka dan data pengeluaran merujuk kepada permintaan yang lebih kukuh untuk minyak.

Tempahan barangan tahan lama AS meningkat 4.9 peratus pada Januari, selepas merosot dua bulan, data menunjukkan pada Khamis. Jabatan Perdagangan seterusnya mengejutkan penganalisis pada Jumaat dengan menambah KDNK suku keempat kepada pertumbuhan satu peratus, daripada 0.7 peratus.

Harga minyak telah merosot kira-kira 70 peratus dari tahap tinggi pertengahan 2014 disebabkan kebimbangan lebihan bekalan yang berlarutan, pada masa apabila pertumbuhan di negara pengguna utama seperti China menjadi perlahan.Minyak mentah pulih pada minggu lalu berdasarkan harapan pengeluar utama akan memotong pengeluaran, tetapi Mccarthy berkata peniaga tidak mempercayai spekulasi mengenai pemeteraian perjanjian di antara anggota kartel OPEC.