Harga minyak mula pulih menjelang rundingan Iraq-Iran

Harga minyak mula pulih menjelang rundingan Iraq-Iran

SINGAPURA, 17 Feb – Harga minyak mentah berpulih di Asia hari ini sebelum satu mesyuarat di antara menteri minyak Iran dan Iraq ekoran perjanjian Arab Saudi-Rusia untuk membekukan pengeluaran.

Pada kira-kira 0600 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada Mac adalah 10 sen, atau 0.34 peratus lebih tinggi pada AS$29.14 satu tong.

Minyak mentah Brent Eropah untuk April adalah 20 sen, atau 0.62 peratus lebih tinggi pada AS$32.38.

Harga minyak telah merosot kira-kira 70 peratus sejak Jun 2014, terjejas oleh bekalan berlebihan, permintaan lembap dan kebimbangan mengenai prospek ekonomi global.

Harga telah menerima tekanan baru disebabkan kepulangan Iran ke pasaran dunia selepas pembatalan sekatan antarabangsa pada bulan lalu yang dikaitkan dengan program nuklearnya.

Komoditi itu telah mengalami pertambahan dari Jumaat hingga awal Selasa tatkala Moscow dan Riyadh, dua pengeluar terbesar dunia bersedia untuk mengambil bahagian dalam rundingan mengenai satu krisis yang telah melihat harga satu tong minyak merosot dan menjejas pasaran global.

Namun perjanjian bersyarat di antara Arab Saudi, pemimpin de factor OPEC – Rusia, Venezuela dan Qatar untuk membeku pengeluaran pada tahap rekod pada Januari, dan bukannya mengurangkan pengeluaran, membimbangkan peniaga, menyebabkan kedua-dua kontrak utama merosot.

Mesyuarat di Tehran di antara pesaing Iran dan Iraq, serta Venezuela, memberikan beberapa sokongan terhadap komoditi hari ini.

“Iraq dan Iran adalah dua buah negara yang akan menyumbang kepada pertumbuhan dari negara OPEC pada tahun ini,” kata Richard Gorry, pengarah urusan JBC Energy Asia di Singapura, dalam satu temu bual Bloomberg Television.

“Mencapai satu perjanjian dari negara berkenaan adalah amat sukar, terutamanya dalam kes Iran,” tambah beliau, merujuk kepada sebab-sebab di mana negara baru sahaja mulai mengeksport selepas sekatan nuklear dibatalkan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA