Harga minyak mula pulih sedikit

Harga minyak mula pulih sedikit

TOKYO, 9 Feb – Harga minyak melonjak hari ini di Asia selepas penjualan tiga hari yang menyaksikan tanda aras AS jatuh kembali di bawah $30 setong, tetapi para penganalisis memberi amaran lebihan bekalan yang berterusan dan kelemahan ekonomi dunia akan menjejaskan komoditi.

Pemulihan dalam dua kontrak juga dibuat di sebalik keadaan tidak menentu dalam pasaran ekuiti yang dicetuskan oleh kebimbangan baru tentang gambaran sejagat sementara para pelabur bakal mengeluarkan data simpanan AS minggu ini.

Para peniaga mengakibatkan harga menjunam semalam ketika rundingan antara para menteri minyak Arab Saudi dan Venezuela yang membawa kestabilan kepada pasaran minyak tidak menghasilkan apa-apa.

Timbul harapan pihak Saudi akan kembali mengadakan rundingan dengan kumpulan pengeluar minyak OPEC yang mana ia adalah anggota utama tetapi ia tidak bersedia berbuat demikian.

OPEC enggan mengurangkan pengeluaran ketika ia mengekalkan saham pasaran di tengah persaingan dari syal AS.

Tanda aras AS, West Texas Intermediate(WTI) bagi penghantaran Mac jatuh 3.9 peratus kepada $29.69 dan Brent jatuh 3.5 peratus kepada $32.88 semalam.

Tetapi hari ini WTI naik 1.0 peratus pada $30.01 dan Brent naik 0.4 peratus kepada $33.00 sehari sebelum AS mengeluarkan data rasmi tentang simpanannya, yang telah pun pada tahap tertingginya sejak 1930. – AFP