Harga minyak naik 5 peratus

Harga minyak naik 5 peratus

SINGAPURA, 12 Feb – Minyak meningkat lebih dari lima peratus di Asia hari ini, sehari selepas mencatatkan kedudukan paling rendah dalam tempoh 13 tahun dan berikutan laporan yang menggambarkan kelab penghasil OPEC terbuka untuk mengurangkan penghasilan bagi menstabilkan pasaran minyak mentah yang tidak menentu.

Harga–harga bagi kontrak utama menjunam semalam sejajar dengan penjualan pasaran di seluruh dunia ketika peniaga semakin bimbang mengenai keadaan ekonomi dunia, dan kemungkinan bagi kembalinya kemelesetan.

Tetapi peniaga diberikan harapan yang tipis dengan laporan dalam Wall Street Journal yang memetik sebagai berkata menteri tenaga Emiriah Arab Bersatu, Suhail Al Mazrouei sebagai berkata OPEC bersedia untuk bekerjasama dengan penghasil lain untuk membuat pemotongan.

Bagaimana pun, penganalisis berusaha untuk menghangatkan optimisme, yang berkata tindakan kukuh diperlukan sebelum spekulasi seperti itu menjadi pemcau harga yang boleh dipercayai dan dengan bekalan global menjejaskan komoditi, sebarang harga tidak mungkin akan bertahan.

Namun, peningkatan harga lebih dari lima peratus sebelum berada dalam keadaan sederhana pada sebelah petang.

Pada sekitar 0640 GMT, tanda aras AS, West Texas Intermediate (ETI) bagi penghantaran bulan Mac meningkat AS$1.22, atau 4.65 peratus, pada AS$27.43 dan minyak mentah Brent bagi bulan April naik AS$1.34, atau 4.46 peratus, kepada AS$31.40 setong.

WTI berada pada kedudukan AS$26.21 setong semalam, ia adalah kedudukan yang lebih rendah sejak Mei 2003, dan berada di kedudukan rendah pada Januari. Kontrak menurun sekitar 11 peratus bagi minggu ini.

“Selepas WTI mencecah kedudukan paling rendah dalam tempoh 12 tahun semalam, ini mencetuskan sejenis pemburuan tawar-menawar kerana tidak terdapat berita sebenar yang memacu penurunan kecuali bagi isu–isu bekalan berlebihan,” kata Bernard Aw, ahli strategi pasaran di IG Market Singapore.

Dia menambah bahawa ulasan menteri UAE akan memberikan sedikit impak ke atas harga bagi jangka masa panjang kecuali pemacu besar dalam Pertubuhan Negara–Negara Pengeksport Petroleum seperti Arab Saudi dan Iraq menghasilkan komitmen kukuh mengenai merapikan penghasilan.

“Tanpa Arab Saudi dan Iraq, pemegang lain tidak terdapat peranan lain yang boleh dilakukan,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA