Harga minyak naik AS$34 setong

Harga minyak naik AS$34 setong

SINGAPURA, 16 Feb – Harga minyak naik hari ini dengan Brent melebihi AS$34 satu tong berdasarkan jangkaan negara minyak berpengaruh Rusia dan Arab Saudi akan membincang isu bekalan berlebihan global dalam mesyuarat Doha.

Pada kira-kira 0600 GMT, minyak mentah Eropah Brent untuk hantaran pada bulan April diniagakan AS$1.30, atau 3.89 peratus lebih tinggi pada AS$34.69.

Rakan AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada Mac naik AS$1.30, atau 4.42 peratus, pada AS$30.74 berbanding dengan Jumaat. Tidak adanya penyelesaian di Tukaran Merkantil New York semalam disebabkan cuti awam AS.

“Sebagai wakil daripada pengeluar minyak utama yang berkunjung ke Doha untuk bertemu, keadaan positif disemarakkan, menyebabkan harga kekal kukuh,” kata Daniel Ang, penganalisis pelaburan di Phillip Futures di Singapura.

“Sepertimana yang kami percayai bahawa ia adalah satu lagi mesyuarat yang tidak mendatangkan hasil, pasaran tetap was-was mengenai sebarang perjanjian yang akan dicapai oleh pengeluar minyak utama.”

Harga minyak telah meleset sejak mencapai kemuncak pada pertengahan 2014, disebabkan bekalan berlebihan, permintaan lembap dan ekonomi meleset. Mereka kini merosot kira-kira 70 peratus daripada jumlah pada Jun 2014.

Menambah kepada tekanan ke atas harga adalah penerusan eksport minyak Iran pada tahun ini selepas sekatan antarabangsa dikaitkan dengan program nuklearnya dibatalkan oleh kuasa dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA