Harga minyak naik di Asia

Harga minyak naik di Asia

SINGAPURA, 23 Dis (AFP) – Harga minyak naik hari ini dalam perniagaan Asia beberapa jam selepas minyak AS dan Eropah diniagakan pada kesetaraan selepas membatalkan pengharaman 40-tahun ke atas eksport minyak mentah Amerika.

Pada 0600 GMT, minyak West Texas Intermediate di New York untuk hantaran pada bulan Februari naik 32 sen pada AS$36.46 satu tong. Minyak mentah Brent di London untuk Februari mencecah pada harga yang sama, 35 sen melebihi harga tutup di London.

Penganalisis berkata laporan oleh Jabatan Tenaga mengenai inventori minyak AS mungkin mengubah pemerolehan terbaru kedua-dua minyak mentah sebelum hujung minggu Hari Krismas.

WTI telah meningkat sebanyak AS$36.56, lapor Bloomberg News. “Peserta pasaran merai kelulusan Kongres untuk membatalkan pengharaman 40-tahun ke atas eksport minyak mentah AS,” kata Bernard Aw, ahli strategi pasaran di IG Singapura.

Pengharaman eksport dikenakan pada 1975 untuk melindungi bekalan minyak AS selepas sekatan minyak Arab mengejutkan ekonomi Amerika.

Aw berkata prospek untuk minyak mentah, yang berada 60 peratus lebih tinggi daripada AS$100 pada musim panas 2014, masih “memberangsangkan” disebabkan bekalan berlebihan global. Seorang lagi penganalisis berkata kesetaraan WTI-Brent menekankan keseriusan kemelesetan di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA