Harga minyak naik di Asia

Harga minyak naik di Asia

SINGAPURA, 14 Sept – Harga minyak naik di Asia hari ini tetapi harapan untuk pemulihan mampan dihapuskan oleh amaran baru bahawa kemelesetan bekalan global akan berlarutan lebih lama daripada dijangka.

Tatkala pasaran menanti mesyuarat pengeluar pada akhir bulan ini, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata semalam bahawa pertumbuhan dalam permintaan minyak sedang meleset sementara bekalan semakin meningkat.

Pertubuhan yang berpangkalan di Paris itu mengingatkan kemelesetan akan berlarutan “sekurang-kurangnya sehingga separuh tahun pertama pada tahun depan,” menterbalik ramalan sebelumnya bahawa bekalan berlebihan akan diserap pada akhir tahun 2016.

Pada kira-kira 0700 GMT, minyak AS West Texas Intermediate naik 26 sen pada AS$45.16 dan Brent menambah 15 sen kepada AS$47.25 satu tong.

Ramalan IEA menyusuli satu laporan pada Isnin oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum yang meramalkan negara bukan anggota akan melihat pengeluaran meningkat pada 2017, mengubah jangkaan kemerosotan sebelumnya. “Satu lagi perkembangan pesat semalaman, tatkala OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa mengurangkan angka permintaan minyak mereka untuk 2017,” kata Jeffrey Halley, penganalisis pasaran di perniagaan OANDA.

Simpanan stok AS merosot paling banyak dalam 17 tahun pada minggu sebelumnya, mengejutkan pasaran, walaupun penganalisis berkata kemerosotan adalah disebabkan penggantungan import dan penutupan beberapa pengeluaran disebabkan ribut teruk di Teluk Mexico dan bukannya permintaan memberangsangkan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA