Harga minyak naik ke tahap baru

Harga minyak naik ke tahap baru

SINGAPURA, 16 Mei (AFP) – Harga minyak naik kepada tahap tinggi baru 2016 di Asia hari ini tatkala kemelesetan dalam usaha mencari gali di AS dan pertambahan dalam pemprosesan penapisan minyak mentah China merangsang harapan satu kemelesetan bekalan akan berkurangan lebih cepat daripada dijangka.

Firma perkhidmatan padang minyak AS Baker Hughes berkata jumlah pelantar gerudi AS merosot kepada tahap paling rendahnya sejak Oktober 2009, yang merupakan berita baik untuk harga kerana pengeluaran AS adalah penyumbang utama kepada bekalan berlebihan.

Kilang penapis China juga memproses minyak mentah pada kadar rekod pada April sementara pengeluaran merosot kepada tahap rendah 14-bulan, lapor Bloomberg News, memetik data kerajaan yang dikeluarkan pada hujung minggu.

Pada kira-kira 0715 GMT, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada bulan Jun naik 63 sen, atau 1.36 peratus, pada AS$46.84 satu tong. Minyak mentah Brent North Sea untuk Julai naik 64 sen, atau 1.34 peratus, pada AS$48.47.

WTI meningkat 3.5 peratus dan Brent naik lebih daripada lima peratus pada minggu lalu selepas Agensi Tenaga Antarabangsa berkata kemelesetan mungkin berkurangan pada separuh tahun kedua dan pengeluar minyak OPEC berkata bekalan berlebihan “mungkin berkurangan” disebabkan pengeluaran yang kurang oleh anggotanya.

“Terdapatnya bukti yang menunjukkan pasaran sedang bergerak kembali kepada tahap seimbang,” beritahu Michael McCarthy, ketua ahli strategi di CMC Markets di Sydney, kepada Bloomberg News.

“Berdasarkan kehampiran julat perniagaan yang lebih luas di antara $48 dan $50 satu tong, nampaknya minyak tidak mungkin naik lebih tinggi.”

Penganalisis minyak dan gas EY Sanjeev Gupta berkata pasaran akan mengawasi ketat pengeluaran inventori minyak mentah komersial AS pada Rabu, pengukur untuk permintaan di negara pengguna minyak utama dunia itu.